APAKAH KAKTUS DAN SUKULEN?
Kaktus dan Sukulen (Succulent) adalah sejenis tumbuhan
yang berasal dari kawasan gurun dan kawasan yang mempunyai taburan hujan yang
rendah. Kebiasaannya tumbuhan jenis ini berdaun tebal dan menyimpan air di
dalam daun dan batangnya. Tumbuhan jenis ini mempunyai daya survival yang tinggi di dalam cuaca
kering dan kemarau.
PERBEZAAN KAKTUS DAN SUKULEN
Sukulen adalah istilah untuk tumbuhan yang menyerap dan
menyimpan air pada batang dan daunnya. Secara fizikal, sukulen mempunyai daun
tebal dan sebahagiannya berbentuk seakan-akan kelopak bunga yang mekar. Manakala
kaktus pula mempunyai daun tebal yang duri. Hampir semua kaktus adalah
dalam keluarga sukulen tetapi bukan semua sukulen adalah kaktus.
Kaktus
(Foto ihsan Google)
Sukulen
(Foto ihsan Google)
TIPS PENJAGAAN
Secara umumnya sukulen dan kaktus adalah tumbuhan yang mudah
dijaga dengan penjagaan yang sangat minima.
Berikut adalah tips penjagaan sukulen dan kaktus;
😀 Tanam di dalam tanah yang tidak
menakung air, dapatkan tanah khas dari nurseri untuk kaktus dan sukulen atau
buat campuran tanah sendiri dengan campuran 50% tanah dan 50% batu-batu kecil,
perlite atau vermiculite untuk meningkatkan ruang rongga yang membantu aliran
air.
😀 Siram dengan kaedah ‘soak and dry’. Iaitu
siram pada tanah/pasu sehingga air mengalir dari lubang bawah pasu. Kemudian biarkan sehingga tanah kering (biasanya dalam tempoh beberapa hari hingga dua minggu) bergantung
kepada saiz pasu anda sebelum disiram semula.
😀 Jika menggunakan bekas tanaman tanpa lubang,
sukat air separuh dari isipadu bekas tanaman anda barulah disiram. Ini penting
untuk mengelakkan akar terendam di dalam air.
😀 Letakkan tanaman anda di tepi tingkap yang terang
serta mendapat cahaya matahari.
😟 Jangan terlebih siram, ia akan meyebabkan akar
membusuk dan pokok mati.
😟 Elakkan menggunakan kaedah semburan (spray) pada pokok berbentuk
kelopak seperti jenis echeveria kerana air yang terperangkap di celahan daun boleh
menyebabkan daun membusuk, berkulat dan meyebabkan pokok mati.
PENTING!
KAKTUS DAN SUKULEN BOLEH BERTAHAN DALAM KEADAAN KURANG AIR,
TETAPI AIR BERLEBIHAN BOLEH MEMBUNUH MEREKA.
Comments
Post a Comment